Skip to main content

Nukilan untuk Slot Adila Radio Klasik RTM :)

Segalanya masih segar dalam ingatanku. 

Shah Alam 2010.

Waktu itu aku baru selesai menunaikan kewajipan. Sudah menjadi kebiasaanku apabila habis kelas di waktu petang aku akan menunaikan solat Asar secara berjemaah di surau yang terletak di laluan antara kafeteria dan dewan kuliah.

Selesai solat, aku yang sedang rancak berbual dengan rakan sekelasku Adib sambil memakai kasut di hadapan pintu masuk surau dan tiba-tiba perbualan kami terhenti.

Pandanganku dicuri oleh wajahnya, lirikan matanya yang merentap jiwa. Kulitnya putih kemerah-merahan. Gaya berpakaiannya tidak keterlaluan. Gadis bertudung ini sungguh ayu. Raut wajahnya yang tenang dengan ketegasan yang tersembunyi dan senyuman tawar yang dibalas padaku masih jelas tersimpan di dalam foto memoriku hingga ke hari ini. 

Dengan tiba-tiba hatiku berbisik, Ya Allah, alangkah bahagianya jika insan ini menjadi pasangan hidupku. Mampukah bisikan hati di hadapan gerbang rumah Allah ini menjadi realiti..?

Lagu:  Roslan Madun ~ Lemak Manis


Kuala Lumpur 2014

Takdir Tuhan tiada siapa yang tahu. Tahun ini genaplah 4 tahun usia perhubunganku dengan Nurul Iva, gadis yang mencuri hatiku di gerbang rumah Allah yang kini sudah menjadi tunanganku. Sememangnya jodoh dan ajal memang ketentuan-Nya. Aku amat bersyukur kerana Allah mendengar bisikan hatiku. Berkat doa di gerbang rumah Nya yang suci.

Tahun ini genap usiaku 35 tahun. Di usia yang agak lewat ini, aku akhirnya akan menamatkan zaman bujangku.  Namun begitu di sebalik kegembiraan ini terselit kisah duka kerana detik bahagia ini tidak dapat aku kongsikan bersama ibuku. Ibulah orang yang mendorongku untuk melangkah ke menara gading bagi menggenggam segulung ijazah. Aku masih ingat lagi pesannya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Anakku, pergilah kau menyambung pengajianmu. Insyaallah akan kau bertemu dengan jodohmu di sana.

Tanggal 8 Ogos 2014 merupakan hari yang ku pilih untuk mengabadikan diriku dengan tunanganku sebagai suaminya yang sah. Selesai akad nikad, tidak dapat ku tahan linangan permata dari mataku. 

Pertama tangisan ini terbit kerana perasaan gembira untuk memikul tanggungjawab sebagai suami yang sah bersama gadis yang di cintai sepenuh rasa. Kedua linangan permata ini terbit kerana ibu tidak ada bersamaku bagi meraikan hari yang terindah dan cukup bermakna.

Lagu:  Joget Burung Merpati – Herman Tino & Zaleha Hamid

Kuala Lumpur 2015

Langkahku semakin laju. Aku baru mendapat panggilan telefon dari ibu mertuaku mengatakan yang isteriku telah mulai merasa sakit. Sakit untuk melahirkan anak pertama kami. Anak yang bakal menjadi penyeri hidup kami. Ibu & bapa mertuaku telah menghantar isteriku ke hospital.  Hari ini genap setahun 6 bulan usia perkahwinan kami, hari ini sejarah bakal tercipta dan hari ini aku akan bergelar bapa.

Aku tiba di hospital tatkala waktu Asar sedang berlabuh. Aku terus ke wad kelahiran. Di situ ku lihat jantung hatiku sedang bergelut menahan kesakitan. Tidak mampu melihat isteriku menahan cabaran, aku keluar dan mengambil keputusan untuk menunaikan solat Asar. Ku panjatkan doa kepada yang Esa agar memudahkan segala urusan dan sekembalinya aku ke wad bersalin, isteriku pun selamat melahirkan anak sulung kami. 

Bayi perempuan yang menjadi cahaya dalam hidup kami berdua.

Ya Allah Ya Tuhanku, di waktu Asar aku bertemu dengannya, di waktu Asar juga kau berikan kami nikmat dan rezeki yang menjadi lambang cinta kami berdua.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jadikanlah Airiz Binti Mohd Za’ba insan yang mulia di  sisimu dan insan yang taat kepada ibu bapanya.

Lagu:  Comel Pipi Merah ~ Dato’ Siti Nurhaliza

Tamat


Comments

Popular posts from this blog

Senarai Filem P.Ramlee Mengikut Tahun

Senarai Filem P.Ramlee Mengikut Tahun (Image taken from : Tambah Cheese) 20 October 2018 (Saturday) Salam dari Lanjut Beach & Golf Resort. Berikut merupakan senarai filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mengikut tahun: Chinta (1948) (Filem pertama) Nasib (1949) Nilam (1949) Noor Asmara (1949) Aloha (1950) Bakti (1950) Rachun Dunia (1950) Takdir Illahi (1950) Juwita (1951) Penghidupan (1951) Sejoli (1951) Anjoran Nasib (1952) Antara Senyum Dan Tangis (1952) Miskin (1952) Patah Hati (1952) Sedarah (1952) Hujan Panas (1953) Ibu (1953) Putus Harapan (1953) Siapa Salah (1953) Merana (1954) Panggilan Pulau (1954) Perjodohan (1954) Abu Hassan Penchuri (1955) Penarek Becha (1955) Anak-ku Sazali (1956) Hang Tuah (1956) Se Merah Padi (1956) Bujang Lapok (1957) Pancha Delima (1957) Sar

Script Majlis Pertunangan 2024

  BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM Hari ini menugal jagung Hari esok memintal tali Hari ini kita berkampung Raiikan bakal dua sejoli Yang dihormati Tuan rumah iaitu Ibu & bapa pihak perempuan   MOHD ZAID BIN ABU YAZID Dan Isteri PUAN MARHAINI BINTI MOHD YASSIN   selaku tuan rumah kepada Majlis kita pada hari ini,   Seterusnya. yang dihormati ahli keluarga PIHAK LELAKI, Terutamanya Ibu Pihak Lelaki Puan Noridah binti Ramli saudara-mara kedua dua belah pihak, hadirin dan hadirat para tetamu yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian. Saya, Mohd Za’ba   Pengerusi Majlis pada hari yang berbahagia ini, DAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH saya mengucapkan Selamat Datang ke : Majlis Pertunangan yang diraikan   Marissa Nadia Binti Mohd Zaid dan Najmi Bin Abdul Manaf pada hari ini 17 Disember 2023     "Tuan puan yang dirahmati Allah sekalian, Saya bagi pihak tuan rumah dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan puan dalam m