Skip to main content

Posts

Showing posts from 2024

Skrip Majlis Pernikahan 2024

    Assalamualaikum w.b.t   Sirih junjung berhias indah, Sekacip pinang pembuka kata, Datang berkunjung ke majlis meriah, Awal bismillah pembuka bicara   Bismilahhir Rahmanir Rahim…………   Yang dihormati para hadirin dan para jemputan sekelian, Ayahanda, Bonda, Pakcik, Makcik, Abang, Adik, Saudara, Sepupu, dan anak buah yang amat dikasuhi.. Hari ini Sabtu 27 January 2024 bersamaan dengan 15 Rajab 1445 merupakan hari yang gemilang kerana pada hari ini.. Kita bakal meraikan kehadiran saudara baru dalam keluarga besar kami dan hari ini akan menyaksikan satu ikatan akan termeterai di antara Marissa Nadia Binti Mohd Zaid dan Najmi Bin Abdul Manaf Para hadirin sekalian Tanpa membuang masa lagi.. Kita akan mulakan langkah berseri Majlis pada hari ini dengan perarakan masuk rombongan hantaran yang akan membawa dulang hantaran bagi wakil lelaki dan perempuan.. di persilakan.. Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Rumah Encik Mohd Zaid bin