Skip to main content

Skrip Majlis Pernikahan 2024

 

 

Assalamualaikum w.b.t

 

Sirih junjung berhias indah,

Sekacip pinang pembuka kata,

Datang berkunjung ke majlis meriah,

Awal bismillah pembuka bicara

 

Bismilahhir Rahmanir Rahim…………

 

Yang dihormati para hadirin dan para jemputan sekelian, Ayahanda, Bonda, Pakcik, Makcik, Abang, Adik, Saudara, Sepupu, dan anak buah yang amat dikasuhi..

Hari ini Sabtu 27 January 2024 bersamaan dengan 15 Rajab 1445 merupakan hari yang gemilang kerana pada hari ini.. Kita bakal meraikan kehadiran saudara baru dalam keluarga besar kami dan hari ini akan menyaksikan satu ikatan akan termeterai di antara

Marissa Nadia Binti Mohd Zaid

dan

Najmi Bin Abdul Manaf

Para hadirin sekalian
Tanpa membuang masa lagi.. Kita akan mulakan langkah berseri Majlis pada hari ini dengan perarakan masuk rombongan hantaran yang akan membawa dulang hantaran bagi wakil lelaki dan perempuan.. di persilakan..



Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Rumah

Encik Mohd Zaid bin Abu Yazid masuk ke dalam dewan bagi mengiringi

Imam Ali Rathur,  

Turut sama mengiringi mereka adalah Encik Mohd Zaini Abu Yazid dan En Ahmad Nazree Ramli.

 

Dengan segala hormatnya di persilakan

Bulan terang bersinar-sinar.. Tiada cahaya malaplah malam..

Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya menjemput pula
Najmi Bin Abdul Manaf, Raja Sehari yang di rai untuk masuk bersama Bonda tercinta Puan Noridah binti Ramli

Akhir sekali.. Terpancar indah bagai serunai sinar di dalam hati.. Majlis dengan ini menjemput pula, bakal pengantin perempuan

Marissa Nadia Mohd Zaid di temani bonda tersayang Puan Marhaini binti Muhammad Yassin untuk masuk ke dewan menuju singgahsana bagi memulakan wadah majlis pada hari ini.

 


Alhamdulillah.. jelas terpancar kecantikan kedua-dua bakal pasangan raja sehari..  dan dengan rasa hormat dan rendah diri.. majlis dengan segala hormatnya menjemput.. Imam Ali Rathur bagi memulakan upacara.. Di persilakan..


Begitulah tadi.. dan dengan ini maka rasmilah

Marissa Nadia Binti Mohd Zaid

dan

Najmi Bin Abdul Manaf

telah sah dan kini bergelar suami dan isteri.


Sesungguh nya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

 


Anak Cina mengail patin

Mengail patin di tep ititi

Senyum terukir pasangan pengantin

Tanda gembira penuh di hati

 

Semerbak bunga seroja

Dibelai dara pingitan

Lauk pauk penuh semeja

Jemput mempelai menikmati hidangan

 

 

Hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan.

 

 

Seterusnya majlis menjemput  Najmi untuk keluar menunaikan solat syukur.

 

 

Tiup serunai ikan pun timbul

Uda memupuk bunga melati

Selesai sudah acara tersimpul

Acara bertenang di dalam hati

 

Hadirin sekalaian..

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur.. Majlis seterusnya menjemput Najmi untuk uopacara batal Air Sembahyang.. Upacara ini dilangsungkan dengan Najmi mengalungkan seutas gelang sebagai tanda rasmi tersemainya cerita cinta tentang mereka..


Terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriah kan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Seterusnya majlis sekali lagi menjemput hadirin sekalian untuk sama2 meraikan Upacara seterusnya iaitu upacara persandingan yang bakal di adakan pada jam 12 tengahari nanti..

Sekian Terima Kasih

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Filem P.Ramlee Mengikut Tahun

Senarai Filem P.Ramlee Mengikut Tahun (Image taken from : Tambah Cheese) 20 October 2018 (Saturday) Salam dari Lanjut Beach & Golf Resort. Berikut merupakan senarai filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mengikut tahun: Chinta (1948) (Filem pertama) Nasib (1949) Nilam (1949) Noor Asmara (1949) Aloha (1950) Bakti (1950) Rachun Dunia (1950) Takdir Illahi (1950) Juwita (1951) Penghidupan (1951) Sejoli (1951) Anjoran Nasib (1952) Antara Senyum Dan Tangis (1952) Miskin (1952) Patah Hati (1952) Sedarah (1952) Hujan Panas (1953) Ibu (1953) Putus Harapan (1953) Siapa Salah (1953) Merana (1954) Panggilan Pulau (1954) Perjodohan (1954) Abu Hassan Penchuri (1955) Penarek Becha (1955) Anak-ku Sazali (1956) Hang Tuah (1956) Se Merah Padi (1956) Bujang Lapok (1957) Pancha Delima (1957) Sar

Nukilan untuk Slot Adila Radio Klasik RTM :)

Segalanya masih segar dalam ingatanku.  Shah Alam 2010. Waktu itu aku baru selesai menunaikan kewajipan. Sudah menjadi kebiasaanku apabila habis kelas di waktu petang aku akan menunaikan solat Asar secara berjemaah di surau yang terletak di laluan antara kafeteria dan dewan kuliah. Selesai solat, aku yang sedang rancak berbual dengan rakan sekelasku Adib sambil memakai kasut di hadapan pintu masuk surau dan tiba-tiba perbualan kami terhenti. Pandanganku dicuri oleh wajahnya, lirikan matanya yang merentap jiwa. Kulitnya putih kemerah-merahan. Gaya berpakaiannya tidak keterlaluan. Gadis bertudung ini sungguh ayu. Raut wajahnya yang tenang dengan ketegasan yang tersembunyi dan senyuman tawar yang dibalas padaku masih jelas tersimpan di dalam foto memoriku hingga ke hari ini.  Dengan tiba-tiba hatiku berbisik, Ya Allah, alangkah bahagianya jika insan ini menjadi pasangan hidupku. Mampukah bisikan hati di hadapan gerbang rumah Allah ini menjadi realiti..? Lagu:  Ros
Tahu 2020: Aku.. Covit19 & Kemelut Politik Apa istimewanya tahun 2020 ni. Antara keistimewaannya tahún ini antaranya 2 digit pertama adalah sama dengan 2 digit berikutnya dan perkara ini hanya akan berlaku setiap 101 tahun. Contohnya tahun sebelumnya iaitu tahun 1919 dan akan datang tahun 2121. Bagi aku pula, walaupun tahun 2020 belum pun melepasi suku pertamanya namun keistimewaan tahun 2020 sudah mula ku rasai kelebihannya. Berikut adalah antara perkara yang aku kecapi sewaktu melangkah ke tahun 2020 ini: 1. Berhenti kerja Gomen Aku mengambil keputusan berhenti kerja sebagai Penjawat Awam. Puncanya.. komitmen yang tinggi sebab baru beli rumah. 2. Duduk rumah sendiri. Ya Allah.. Aku bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang engkau kurniakan. Buat anda semua.. I tell you.. Salah satu nikmat yang tidak dapat didustai ialah apabila seharian penat bekerja.. Anda pulang ke rumah anda sendiri.. Dan berjumpa keluarga.. Aduh.. Nikmatnya.. 3.Start kerja sebagai Golf Sales Man