Skip to main content

Nukilan untuk Slot Adila Radio Klasik RTM :)

Segalanya masih segar dalam ingatanku. 

Shah Alam 2010.

Waktu itu aku baru selesai menunaikan kewajipan. Sudah menjadi kebiasaanku apabila habis kelas di waktu petang aku akan menunaikan solat Asar secara berjemaah di surau yang terletak di laluan antara kafeteria dan dewan kuliah.

Selesai solat, aku yang sedang rancak berbual dengan rakan sekelasku Adib sambil memakai kasut di hadapan pintu masuk surau dan tiba-tiba perbualan kami terhenti.

Pandanganku dicuri oleh wajahnya, lirikan matanya yang merentap jiwa. Kulitnya putih kemerah-merahan. Gaya berpakaiannya tidak keterlaluan. Gadis bertudung ini sungguh ayu. Raut wajahnya yang tenang dengan ketegasan yang tersembunyi dan senyuman tawar yang dibalas padaku masih jelas tersimpan di dalam foto memoriku hingga ke hari ini. 

Dengan tiba-tiba hatiku berbisik, Ya Allah, alangkah bahagianya jika insan ini menjadi pasangan hidupku. Mampukah bisikan hati di hadapan gerbang rumah Allah ini menjadi realiti..?

Lagu:  Roslan Madun ~ Lemak Manis


Kuala Lumpur 2014

Takdir Tuhan tiada siapa yang tahu. Tahun ini genaplah 4 tahun usia perhubunganku dengan Nurul Iva, gadis yang mencuri hatiku di gerbang rumah Allah yang kini sudah menjadi tunanganku. Sememangnya jodoh dan ajal memang ketentuan-Nya. Aku amat bersyukur kerana Allah mendengar bisikan hatiku. Berkat doa di gerbang rumah Nya yang suci.

Tahun ini genap usiaku 35 tahun. Di usia yang agak lewat ini, aku akhirnya akan menamatkan zaman bujangku.  Namun begitu di sebalik kegembiraan ini terselit kisah duka kerana detik bahagia ini tidak dapat aku kongsikan bersama ibuku. Ibulah orang yang mendorongku untuk melangkah ke menara gading bagi menggenggam segulung ijazah. Aku masih ingat lagi pesannya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Anakku, pergilah kau menyambung pengajianmu. Insyaallah akan kau bertemu dengan jodohmu di sana.

Tanggal 8 Ogos 2014 merupakan hari yang ku pilih untuk mengabadikan diriku dengan tunanganku sebagai suaminya yang sah. Selesai akad nikad, tidak dapat ku tahan linangan permata dari mataku. 

Pertama tangisan ini terbit kerana perasaan gembira untuk memikul tanggungjawab sebagai suami yang sah bersama gadis yang di cintai sepenuh rasa. Kedua linangan permata ini terbit kerana ibu tidak ada bersamaku bagi meraikan hari yang terindah dan cukup bermakna.

Lagu:  Joget Burung Merpati – Herman Tino & Zaleha Hamid

Kuala Lumpur 2015

Langkahku semakin laju. Aku baru mendapat panggilan telefon dari ibu mertuaku mengatakan yang isteriku telah mulai merasa sakit. Sakit untuk melahirkan anak pertama kami. Anak yang bakal menjadi penyeri hidup kami. Ibu & bapa mertuaku telah menghantar isteriku ke hospital.  Hari ini genap setahun 6 bulan usia perkahwinan kami, hari ini sejarah bakal tercipta dan hari ini aku akan bergelar bapa.

Aku tiba di hospital tatkala waktu Asar sedang berlabuh. Aku terus ke wad kelahiran. Di situ ku lihat jantung hatiku sedang bergelut menahan kesakitan. Tidak mampu melihat isteriku menahan cabaran, aku keluar dan mengambil keputusan untuk menunaikan solat Asar. Ku panjatkan doa kepada yang Esa agar memudahkan segala urusan dan sekembalinya aku ke wad bersalin, isteriku pun selamat melahirkan anak sulung kami. 

Bayi perempuan yang menjadi cahaya dalam hidup kami berdua.

Ya Allah Ya Tuhanku, di waktu Asar aku bertemu dengannya, di waktu Asar juga kau berikan kami nikmat dan rezeki yang menjadi lambang cinta kami berdua.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jadikanlah Airiz Binti Mohd Za’ba insan yang mulia di  sisimu dan insan yang taat kepada ibu bapanya.

Lagu:  Comel Pipi Merah ~ Dato’ Siti Nurhaliza

Tamat


Comments

Popular posts from this blog

Senarai Filem P.Ramlee Mengikut Tahun

Senarai Filem P.Ramlee Mengikut Tahun (Image taken from : Tambah Cheese) 20 October 2018 (Saturday) Salam dari Lanjut Beach & Golf Resort. Berikut merupakan senarai filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mengikut tahun: Chinta (1948) (Filem pertama) Nasib (1949) Nilam (1949) Noor Asmara (1949) Aloha (1950) Bakti (1950) Rachun Dunia (1950) Takdir Illahi (1950) Juwita (1951) Penghidupan (1951) Sejoli (1951) Anjoran Nasib (1952) Antara Senyum Dan Tangis (1952) Miskin (1952) Patah Hati (1952) Sedarah (1952) Hujan Panas (1953) Ibu (1953) Putus Harapan (1953) Siapa Salah (1953) Merana (1954) Panggilan Pulau (1954) Perjodohan (1954) Abu Hassan Penchuri (1955) Penarek Becha (1955) Anak-ku Sazali (1956) Hang Tuah (1956) Se Merah Padi (1956) Bujang Lapok (1957) Pancha Delima (1957) Sar...

Skrip Majlis Pernikahan 2024

    Assalamualaikum w.b.t   Sirih junjung berhias indah, Sekacip pinang pembuka kata, Datang berkunjung ke majlis meriah, Awal bismillah pembuka bicara   Bismilahhir Rahmanir Rahim…………   Yang dihormati para hadirin dan para jemputan sekelian, Ayahanda, Bonda, Pakcik, Makcik, Abang, Adik, Saudara, Sepupu, dan anak buah yang amat dikasuhi.. Hari ini Sabtu 27 January 2024 bersamaan dengan 15 Rajab 1445 merupakan hari yang gemilang kerana pada hari ini.. Kita bakal meraikan kehadiran saudara baru dalam keluarga besar kami dan hari ini akan menyaksikan satu ikatan akan termeterai di antara Marissa Nadia Binti Mohd Zaid dan Najmi Bin Abdul Manaf Para hadirin sekalian Tanpa membuang masa lagi.. Kita akan mulakan langkah berseri Majlis pada hari ini dengan perarakan masuk rombongan hantaran yang akan membawa dulang hantaran bagi wakil lelaki dan perempuan.. di persilakan.. Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Ruma...