Assalamualaikum
w.b.t
Sirih junjung
berhias indah,
Sekacip pinang
pembuka kata,
Datang berkunjung
ke majlis meriah,
Awal bismillah pembuka
bicara
Bismilahhir Rahmanir
Rahim…………
Yang dihormati para hadirin dan para jemputan sekelian, Ayahanda, Bonda,
Pakcik, Makcik, Abang, Adik, Saudara, Sepupu, dan anak buah yang amat dikasuhi..
Hari ini Sabtu 27 January 2024 bersamaan dengan 15 Rajab 1445 merupakan hari
yang gemilang kerana pada hari ini.. Kita bakal meraikan kehadiran saudara baru
dalam keluarga besar kami dan hari ini akan menyaksikan satu ikatan akan
termeterai di antara
Marissa Nadia Binti Mohd
Zaid
dan
Najmi Bin Abdul Manaf
Para hadirin sekalian
Tanpa membuang masa lagi.. Kita akan mulakan langkah berseri Majlis pada hari
ini dengan perarakan masuk rombongan hantaran yang akan membawa dulang hantaran
bagi wakil lelaki dan perempuan.. di persilakan..
Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Rumah
Encik Mohd Zaid bin Abu Yazid masuk ke dalam dewan bagi mengiringi
Imam Ali Rathur,
Turut sama mengiringi mereka adalah Encik Mohd Zaini Abu Yazid dan En Ahmad
Nazree Ramli.
Dengan segala hormatnya di persilakan
Bulan terang bersinar-sinar.. Tiada cahaya malaplah malam..
Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya menjemput pula
Najmi Bin Abdul Manaf, Raja Sehari yang di rai untuk masuk bersama Bonda
tercinta Puan Noridah binti Ramli
Akhir sekali.. Terpancar indah bagai serunai sinar di dalam hati.. Majlis
dengan ini menjemput pula, bakal pengantin perempuan
Marissa Nadia Mohd Zaid di temani bonda tersayang Puan Marhaini binti Muhammad
Yassin untuk masuk ke dewan menuju singgahsana bagi memulakan wadah majlis pada
hari ini.
Alhamdulillah.. jelas terpancar kecantikan kedua-dua bakal pasangan raja
sehari.. dan dengan rasa hormat dan
rendah diri.. majlis dengan segala hormatnya menjemput.. Imam Ali Rathur bagi
memulakan upacara.. Di persilakan..
Begitulah tadi.. dan
dengan ini maka rasmilah
Marissa Nadia Binti Mohd Zaid
dan
Najmi Bin Abdul
Manaf
telah sah dan kini bergelar suami dan isteri.
Sesungguh nya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta
itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi
melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di
tep ititi
Senyum terukir
pasangan pengantin
Tanda gembira
penuh di hati
Semerbak bunga
seroja
Dibelai dara
pingitan
Lauk pauk penuh
semeja
Jemput mempelai
menikmati hidangan
Hadirin / hadirat
yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama
menikmati juadah enak yang disediakan.
Seterusnya majlis
menjemput Najmi untuk keluar menunaikan
solat syukur.
Tiup serunai ikan
pun timbul
Uda memupuk bunga
melati
Selesai sudah
acara tersimpul
Acara bertenang di
dalam hati
Hadirin
sekalaian..
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur.. Majlis
seterusnya menjemput Najmi untuk uopacara batal Air Sembahyang.. Upacara ini dilangsungkan
dengan Najmi mengalungkan seutas gelang sebagai tanda rasmi tersemainya cerita cinta
tentang mereka..
Terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua,
atas kesudian hadir dan memeriah kan Majlis kita pada hari yang penuh
keberkatan ini.
Seterusnya majlis sekali lagi menjemput hadirin sekalian untuk sama2 meraikan
Upacara seterusnya iaitu upacara persandingan yang bakal di adakan pada jam 12
tengahari nanti..
Sekian Terima Kasih
Comments
Post a Comment