Assalamualaikum w.b.t Sirih junjung berhias indah, Sekacip pinang pembuka kata, Datang berkunjung ke majlis meriah, Awal bismillah pembuka bicara Bismilahhir Rahmanir Rahim………… Yang dihormati para hadirin dan para jemputan sekelian, Ayahanda, Bonda, Pakcik, Makcik, Abang, Adik, Saudara, Sepupu, dan anak buah yang amat dikasuhi.. Hari ini Sabtu 27 January 2024 bersamaan dengan 15 Rajab 1445 merupakan hari yang gemilang kerana pada hari ini.. Kita bakal meraikan kehadiran saudara baru dalam keluarga besar kami dan hari ini akan menyaksikan satu ikatan akan termeterai di antara Marissa Nadia Binti Mohd Zaid dan Najmi Bin Abdul Manaf Para hadirin sekalian Tanpa membuang masa lagi.. Kita akan mulakan langkah berseri Majlis pada hari ini dengan perarakan masuk rombongan hantaran yang akan membawa dulang hantaran bagi wakil lelaki dan perempuan.. di persilakan.. Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Rumah Encik Mohd Zaid bin
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM Hari ini menugal jagung Hari esok memintal tali Hari ini kita berkampung Raiikan bakal dua sejoli Yang dihormati Tuan rumah iaitu Ibu & bapa pihak perempuan MOHD ZAID BIN ABU YAZID Dan Isteri PUAN MARHAINI BINTI MOHD YASSIN selaku tuan rumah kepada Majlis kita pada hari ini, Seterusnya. yang dihormati ahli keluarga PIHAK LELAKI, Terutamanya Ibu Pihak Lelaki Puan Noridah binti Ramli saudara-mara kedua dua belah pihak, hadirin dan hadirat para tetamu yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian. Saya, Mohd Za’ba Pengerusi Majlis pada hari yang berbahagia ini, DAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH saya mengucapkan Selamat Datang ke : Majlis Pertunangan yang diraikan Marissa Nadia Binti Mohd Zaid dan Najmi Bin Abdul Manaf pada hari ini 17 Disember 2023 "Tuan puan yang dirahmati Allah sekalian, Saya bagi pihak tuan rumah dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan puan dalam m