Apa istimewanya tahun 2020 ni. Antara keistimewaannya tahĂșn ini antaranya 2 digit pertama adalah sama dengan 2 digit berikutnya dan perkara ini hanya akan berlaku setiap 101 tahun. Contohnya tahun sebelumnya iaitu tahun 1919 dan akan datang tahun 2121.
Bagi aku pula, walaupun tahun 2020 belum pun melepasi suku pertamanya namun keistimewaan tahun 2020 sudah mula ku rasai kelebihannya.
Berikut adalah antara perkara yang aku kecapi sewaktu melangkah ke tahun 2020 ini:
1. Berhenti kerja Gomen
Aku mengambil keputusan berhenti kerja sebagai Penjawat Awam. Puncanya.. komitmen yang tinggi sebab baru beli rumah.
2. Duduk rumah sendiri.
Ya Allah.. Aku bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang engkau kurniakan. Buat anda semua.. I tell you.. Salah satu nikmat yang tidak dapat didustai ialah apabila seharian penat bekerja.. Anda pulang ke rumah anda sendiri.. Dan berjumpa keluarga.. Aduh.. Nikmatnya..
3.Start kerja sebagai Golf Sales Manager dengan Damai Laut Golf & Country Club. Jodoh tak lama.. Hi..Hi..
4.Akan bekerja sebagai Executive - Banquet Sales di Tropicana Golf & Country Resort pada 2/3/2020.
Saat ini negara sedang digegarkan dengan polimek politik negara dan wabak Covit19. Tak perlulah aku ceritakan tentang apa itu Covit19 sebab korang semua bolehlah Google sendiri tapi kenapa aku sentuh tentang wabak ni adalah kerana sebagai individu yang bekerja dalam bidang Hospitaliti, wabak ini memberi kesan terhadap industri pelancongan dan kami merupakan kumpulan khusus yang merasai kesannya.
Perkara seterusnya pula adalah polimek Politik negara. Parti Pakatan Harapan yang berjaya mengambil tampuk pimpinan negara kurang dari 2 tahun telah tergoncang. Negara sekarang tidak ada pimpinan dan negara sekarang diketuai oleh Yang di Pertuan Agong dan Perdana Menteri Interim- Tun Mahathir.
Secara peribadinya.. Covit19 atau polimek politik negara yang melanda hanyalah satu headline cerita sensasi yang pastinya tidak membantu aku sekeluarga secara langsung dalam memberi rezeki seharian kepada aku dan keluarga.
Kesimpulannya.. Aku tetap kena kerja dan Tropicana Golf & Country Resort.. Here I come.. Yippie..
P/S: Hari terakhir sebagai Golf Sales Manager di Damai Laut Golf & Country Club.
Gambar bersama isteri. Gambar atas pada tahun 2016. Gambar bawah pada tahun 2020.
Comments
Post a Comment