Skip to main content

Script Majlis Pertunangan 2024

 




BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM


Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Raiikan bakal dua sejoli

Yang dihormati

Tuan rumah iaitu Ibu & bapa pihak perempuan

 

MOHD ZAID BIN ABU YAZID

Dan Isteri

PUAN MARHAINI BINTI MOHD YASSIN 

selaku tuan rumah kepada

Majlis kita pada hari ini,

 

Seterusnya. yang dihormati ahli keluarga PIHAK LELAKI,


Terutamanya

Ibu Pihak Lelaki

Puan Noridah binti Ramli

saudara-mara kedua dua belah pihak,

hadirin dan hadirat para tetamu

yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian.


Saya, Mohd Za’ba

 

Pengerusi Majlis pada hari yang berbahagia ini, DAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH saya mengucapkan Selamat Datang ke :

Majlis Pertunangan

yang diraikan

 

Marissa Nadia Binti Mohd Zaid

dan

Najmi Bin Abdul Manaf

pada hari ini 17 Disember 2023

 

 

"Tuan puan yang dirahmati Allah sekalian, Saya bagi pihak tuan rumah dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan puan dalam majlis pada hari ini.

 

"Marilah kita mulai majlis dengan bacaan doa daripada

 

Mohd Adam bin Mohd Zaid

 

yang merupakan adik kepada

 

Marissa Nadia Mohd Zaid.

 

Mudah-mudahan dengan niat kita yang tulus ikhlas semata-mata mengharapkan keredaan-NYA, majlis ini bakal dilimpahi Barakah, Inayah, keampunan dan Rahmah Allah SWT... dipersilakan

 

Bacaan Doa

 

Amin-amin Ya Rabbal Alamin.. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Mohd Adam bin Mohd Zaid atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya hadirin sekalian.. Marilah kita bersama-sama memberi tumpuan di pintu masuk utama dewan yang serba  indah ini dan sukalah untuk saya umumkan keberangkatan masuk hantaran dari pihak lelaki dan perempuan ke dalam dewan..


Lagu Al-Hambra

 

Dengan tersusunnya hantaran, tanda kita menjunjung adat.


"Tanpa melengahkan masa lagi, saya mohon keizinan majlis untuk memimpin maksud perjumpaan kita seterusnya.

Dengan ini sukalah saya menjemput wakil dari pihak lelaki iaitu:

En Ahmad Nazree Ramli

En Noor Azam bin Mohd Yusof

En Muhamnad Khalidi Ramli

En Mulop bin Hussin

dan juga wakil Tuan rumah yakni

 

En Mohd Zaid Abu Yazid

En Mohd Zaini Abu Yazid

En Jasmani bin Jaafar

En Muhamad Yassin Ismail

Untuk tampil dan duduk di meja di hadapan.

 

Gagah berdiri memegang panji

Dayang menari bertingkah irama

Adat bertunang meterai janji

Menanti hari disanding bersama

Majlis dengan segala hormatnya mengalu-alukan pihak tuan rumah yakni pihak belah perempuan untuk menyampaikan kata-kata aluan:

Terima Kasih En Mohd Zaid.

Seterusnya tiba pula giliran pihak lelaki untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya menyampaikan hajat dan tujuan.

Terima Kasih wakil dari pihak lelaki.

 

1. RUMUSAN MAJLIS PERTUNANGAN DAN HANTARAN

2. TARIKH TEMPOH PERTUNANGAN

3. TARIKH PERKAHWINAN & VENUE PIHAK PEREMPUAN

4. TARIKH PERKAHWINAN & VENUE PIHAK LELAKI

5. MAS KAHWIN, HANTARAN & JUMLAH DULANG HANTARAN

"Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Ilahi persetujuan telah kita sepakati. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

 

"Terima kasih atas segala-galanya. Allah jua yang membalas budi baik tuan puan.

 

"Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Marilah kita berdoa agar Allah memudahkan segala urusan yang kita atur sebentar tadi.

 

"Andainya terdapat keperluan untuk sebarang perubahan, pintu perbincangan sentiasa terbuka bagi kedua-dua belah pihak.

 

"Sebagai tanda kesyukuran, saya dengan rasa hormat menjemput sekali lagi Mohd Adam bin Mohd Zaid bagi memimpin bacaan doa selamat.

 

"Seterusnya tuan puan dijemput menikmati jamuan yang disediakan.


Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Para hadirin sekalian.. Marilah kita bersama-sama memberi tumpuan di pintu masuk utama dewan yang serba  indah ini sekali lagi dan sukalah untuk saya umumkan keberangkatan masuk Marissa Nadia Mohd Zaid diiringi ibundanya Puan Marhani Mohd Yassin untuk berarak menuju ke atas pelamin yang indah.

Cincin sebentuk sebagai tanda

Ikatan pertunangan jadi sempurna

Pihak perempuan setuju terima

Pihak lelaki syukur dan gembira

Majlis dengan segala hormatnya menjemput.. Ibu kepada Najmi Bin Abdul Manaf iaitu Puan Noridah binti Ramli untuk naik ke pelamin bagi acara menyarung cincin pertunangan..

 

 

 

 

Cincin disarung bakal mertua

Keluarga gembira foto bersama

Lepas makan masa dah tiba

Janji dibawa pulang bersama


"Akhirul-kalam, saya memohon kemaafan tuan puan sekiranya terdapat apa-apa jua kekurangan bagi pihak diri saya sepanjang pengendalian majlis.

 

"Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Filem P.Ramlee Mengikut Tahun

Senarai Filem P.Ramlee Mengikut Tahun (Image taken from : Tambah Cheese) 20 October 2018 (Saturday) Salam dari Lanjut Beach & Golf Resort. Berikut merupakan senarai filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mengikut tahun: Chinta (1948) (Filem pertama) Nasib (1949) Nilam (1949) Noor Asmara (1949) Aloha (1950) Bakti (1950) Rachun Dunia (1950) Takdir Illahi (1950) Juwita (1951) Penghidupan (1951) Sejoli (1951) Anjoran Nasib (1952) Antara Senyum Dan Tangis (1952) Miskin (1952) Patah Hati (1952) Sedarah (1952) Hujan Panas (1953) Ibu (1953) Putus Harapan (1953) Siapa Salah (1953) Merana (1954) Panggilan Pulau (1954) Perjodohan (1954) Abu Hassan Penchuri (1955) Penarek Becha (1955) Anak-ku Sazali (1956) Hang Tuah (1956) Se Merah Padi (1956) Bujang Lapok (1957) Pancha Delima (1957) Sar

Nukilan untuk Slot Adila Radio Klasik RTM :)

Segalanya masih segar dalam ingatanku.  Shah Alam 2010. Waktu itu aku baru selesai menunaikan kewajipan. Sudah menjadi kebiasaanku apabila habis kelas di waktu petang aku akan menunaikan solat Asar secara berjemaah di surau yang terletak di laluan antara kafeteria dan dewan kuliah. Selesai solat, aku yang sedang rancak berbual dengan rakan sekelasku Adib sambil memakai kasut di hadapan pintu masuk surau dan tiba-tiba perbualan kami terhenti. Pandanganku dicuri oleh wajahnya, lirikan matanya yang merentap jiwa. Kulitnya putih kemerah-merahan. Gaya berpakaiannya tidak keterlaluan. Gadis bertudung ini sungguh ayu. Raut wajahnya yang tenang dengan ketegasan yang tersembunyi dan senyuman tawar yang dibalas padaku masih jelas tersimpan di dalam foto memoriku hingga ke hari ini.  Dengan tiba-tiba hatiku berbisik, Ya Allah, alangkah bahagianya jika insan ini menjadi pasangan hidupku. Mampukah bisikan hati di hadapan gerbang rumah Allah ini menjadi realiti..? Lagu:  Ros
Tahu 2020: Aku.. Covit19 & Kemelut Politik Apa istimewanya tahun 2020 ni. Antara keistimewaannya tahún ini antaranya 2 digit pertama adalah sama dengan 2 digit berikutnya dan perkara ini hanya akan berlaku setiap 101 tahun. Contohnya tahun sebelumnya iaitu tahun 1919 dan akan datang tahun 2121. Bagi aku pula, walaupun tahun 2020 belum pun melepasi suku pertamanya namun keistimewaan tahun 2020 sudah mula ku rasai kelebihannya. Berikut adalah antara perkara yang aku kecapi sewaktu melangkah ke tahun 2020 ini: 1. Berhenti kerja Gomen Aku mengambil keputusan berhenti kerja sebagai Penjawat Awam. Puncanya.. komitmen yang tinggi sebab baru beli rumah. 2. Duduk rumah sendiri. Ya Allah.. Aku bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang engkau kurniakan. Buat anda semua.. I tell you.. Salah satu nikmat yang tidak dapat didustai ialah apabila seharian penat bekerja.. Anda pulang ke rumah anda sendiri.. Dan berjumpa keluarga.. Aduh.. Nikmatnya.. 3.Start kerja sebagai Golf Sales Man